Gaji Jurulatih Senegal Tertunggak 6 Bulan, Hampir RM920,000
Dunia
FSF
Advertisements

Persiapan Senegal untuk menghadapi Piala Negara-Negara Afrika 2023 yang bakal bermula pada 14 Januari ini dibadai krisis.

Ini selepas portal Sports News Africa mendedahkan jurulatih Singa Teranga, Aliou Cisse dan barisan kejurulatihan Singa Teranga tidak dibayar gaji selama enam bulan.

Ini bukan kali pertama bekas pemain Birmingham City itu berdepan masalah tersebut. Ini kerana semasa Cisse dilantik sebagai jurulatih Senegal pada 2015, beliau juga berdepan masalah gaji.

Advertisements

Bagaimanapun, masalah tersebut kemudiannya dapat diselesaikan oleh Persekutuan Bola Sepak Senegal (FSF). Atas sebab itu, barisan kejurulatihan Singa Teranga menyangka masalah gaji tidak akan berulang lagi selepas itu.

Malangnya, isu gaji kembali membelenggu skuad kebangsaan Senegal. Difahamkan gaji Cisse sebagai jurulatih Senegal ialah €30,000 (RM153,000) sebulan.

Advertisements

Dengan mengambil kira tunggakan gaji selama enam bulan, FSF kini berhutang dengan beliau sebanyak €180,000 (RM920,000).

Cisse dilaporkan tidak mendedahkan isu ini kerana mahu fokus kepada persiapan Senegal menghadapi Piala Negara-Negara Afrika 2023.

Advertisements

Dengan isu ini sudah terbongkar, tidak diketahui sama ada bekas pengendali Senegal Bawah 23 Tahun (B-23) itu akan kekal membimbing Singa Teranga atau tidak.

Senegal akan membuka kempen kejohanan dalam Kumpulan C dengan menentang Gambia pada 15 Januari 2024.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram