Gaji Kecil Tapi Bonus Besar, Asalkan Gaji Pemain Kelantan Tak Sangkut
Dunia
Zamsaham
Advertisements

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman telah memuatnaik satu hantaran di akaun Facebook miliknya berkenaan penjelasan isu bonus dan kelebihan lain yang beliau distribusikan kepada para pemain Kelantan FC supaya perkara ini dapat membuka mata ramai pihak di luar sana.

“Menang takkan takda bonus atau apa2 faedah lain bersama Kelantan FC?,” soalnya.

Dalam hal ini, Zamsaham telah merujuk kepada pengurus operasinya untuk memastikan gaji yang dibayar itu mengikut kontrak setiap pemain. Beliau turut menjelaskan bahawa pihaknya memberikan elaun lain dan bonus kemenangan kepada pemain.

Advertisements

“Ada, siapa kata takda, ini saya baru cek dari Operation Manager saya, selain gaji, kita berikan elaun dan bonus kemenangan,” jawapannya mengenai persoalan di atas.

Pengurus operasi beliau turut berkongsi mengenai elaun dan bonus yang disediakan bagi setiap pemain.

“Antaranya seperti jumlah elaun KPI, bonus khas kemenangan, saguhati perkahwinan, saguhati kelahiran, saguhati kecemerlangan belajar dan lain lain yang telah kita keluarkan/bayar dari Mac – Oktober 2021 adalah sebanyak RM330,147.28,” kata En Qusmaini operation manager TRW.

Advertisements

Zamsaham yakin pengurusan The Red Warrior sangat adil dan sentiasa menitik beratkan isu kebajikan pemain. Ini adalah yang terbaik untuk membina pasukan TRW Kelantan FC lebih menyinar pada masa akan datang.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram