Gaji Pemain & Jurulatih Liga-M Dijangka Turun 25%
Dunia
SaddamYusoff
Advertisements

Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (JPBM), B.Sathianathan menjangkakan bahawa pengurangan gaji jurulatih akan berlaku kerana disebabkan banyak pasukan Liga-M yang akan mengurangkan perbelanjaan pasukan.

Tambah Sathianathan, semua barisan jurulatih tempatan sudah jangka dan faham mengenai perkara ini dan apa yang perlu dilakukan adalah membantu antara satu sama lain.

Mengulas lanjut, pengarah teknikal Sarawak ini menyatakan pemotongan bagi jurulatih dijangka turun 20%. Beliau turut menyatakan bahawa situasi zaman sekarang dan dahulu sangat berbeza. Jadi, beliau menerima hakikat dengan hati terbuka mengenai perkara ini.

Advertisements

“Memang ada banyak pasukan yang potong bajet jadi sebagai jurulatih dan juga pemain, kita mesti berada pada realiti dan tahu keadaan kita. Duduk dalam industri yang sama, kita perlu membantu sama sama lain.

“Mungkin (pemotongan) dalam 20 peratus. Masa zaman kegemilangan dulu, memanglah ‘syok’ tetapi kita harus faham situasi juga dan terima hakikat pemotongan gaji akan berlaku. Saya rasa semua jurulatih kita faham dengan situasi ini,” kata Sathianathan kepada BH Sukan.

Menurut BH Sukan, Pengarah Urusan Action Football Asia (M) Sdn Bhd, Effendi Jagan Abdullah, beliau menyatakan bahawa jumlah gaji yang akan diterima atau ditawarkan kepada pemain turut dijangka boleh menurun sehingga 25%.

Advertisements

Wabak pandemik Covid-19 yang melanda di Malaysia menyebabkan kesan ekonomi negara terjejas sekaligus membuka mata pihak pasukan untuk berjimat dalam setiap perbelanjaan yang dikeluarkan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram