Gandingan Bintang ‘RM38 Juta’ Jadi Taruhan Syria Hadapi Malaysia
Harimau Malaya
MakanBola
Syria FA
Advertisements

Syria bakal mempertaruhkan gandingan baharu bernilai RM38 Juta bagi menghadapi cabaran Malaysia dalam aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 tidak lama lagi.

Skuad kendalian Hector Cuper melakukan beberapa keputusan mengejutkan termasuklah menyisihkan khidmat penyerang berbisa pasukan, Omar Al-Samah.

Advertisements

Beliau memberitahu bahawa keputusan yang dibuat adalah berdasarkan percaturannya tanpa melibatkan sebarang unsur peribadi.

“Saya faham kekecewaan yang dialami Omar Al Somah (tentang keputusan pengguguran daripada skuad Syria). Tiada pertelagahan yang berlaku antara saya dan Al Somah semasa separuh masa perlawanan Jepun.”

Advertisements

“Saya tidak melihat perbezaan antara pemain tempatan dan pemain warisan. Jika beliau ialah pemain Syria dan memegang pasport Syria, maka pemilihan pasukan dibuat seimbang demi masa depan Syria,” katanya seperti dilaporkan Syria National Team.

Sejak mewakili Syria pada 2012, Al Somah sudah menjaringkan 21 gol dalam 39 penampilan antarabangsa.

Posisi beliau dijangka akan diisi oleh seorang lagi pemain berbisa pasukan, Omar Khribin yang kini menjadi antara pemain paling menyerlah dalam pasukan ke-91 dunia.

Advertisements

Pemain berusia 29 tahun itu merupakan peledak berbisa buat kelab gergasi UAE, Al-Wahda sejak menyertai kelab tersebut pada tahun 2021.

Beliau sudah menjaringkan 12 gol dalam 16 penampilan musim ini selain meledak 21 gol bersama skuad kebangsaan Syria sejak tahun 2012.

Advertisements

Seorang lagi bintang baharu buat skuad Qasioun adalah pemain tengah JDT, Jalil Elias.

Advertisements

Pemain berusia 27 tahun itu dikesan oleh Cuper memiliki kriteria yang diidamkannya untuk memacu cabaran Syria di Piala Asia.

Bekas perancang tengah San Lorenzo ini bakal melakukan debut berdepan Malaysia selain membawa cabaran pasukan untuk beraksi di pentas berprestij Asia tahun ini.

Advertisements

Beliau beraksi hampir kesemua perlawanan di peringkat kelab dalam Liga Primera Argentina selain mencetak dua gol.

Aksi Syria dan Malaysia akan berlangsung pada 8 Januari 2024 sebelum kedua-dua pasukan menghadapi ujian penting tatkala Harimau Malaya layak secara merit setelah 43 tahun.

Advertisements

News Comments Account