Gandingan Hai-O & Nafuzi Zain Bakal Beri Kelebihan Buat Terengganu
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Dalam satu temu bual di Nadi Arena, bekas penyerang kebangsaan, Hairuddin Omar menyatakan rasa gembira dan teruja dapat kembali menabur bakti bersama Terengganu FC. Hairuddin pada semalam telah dilantik sebagai penolong jurulatih Terengganu FC.

“Sudah pasti ia sentiasa memberikan perasaan yang luar biasa untuk kembali ke padang. Saya sentiasa gembira dan seronok untuk berada di padang setiap hari.”

“Pasukan Terengganu merupakan pasukan yang pernah saya wakili dan berkhidmat, jadi dengan peluang untuk saya menjadi pembantu jurulatihnya membuatkan saya amat gembira.”

Mengulas lanjut, Hairuddin atau lebih mesra disapa Hai-O menjelaskan bahawa gandingan kali ini telah mengingatkan kepadanya memori lama ketika beliau dan Nafuzi Zain membantu Terengganu menjuarai Piala Malaysia 2001.

“Saya bersama Nafuzi dan Tengku Hazman, boleh dikatakan kami bermain dan membesar bersama. Saya mempunyai kenangan dengan Nafuzi memenangi Piala Malaysia pada 2001 dan pernah bermain bersama Tengku Hazman dalam skuad kebangsaan.”

Advertisements

Tambah Hairuddin, gandingan kali ini bakal memberi nilai tambah buat Terengganu FC bersaing dan memberi cabaran dalam liga musim hadapan.

“Komunikasi kami sangat rapat seperti satu keluarga dan kami mengenali perwatakan masing-masing. Jadi, ia mungkin akan menjadi satu faktor yang akan memberi nilai tambah buat pasukan ini kerana kita tahu komunikasi dalam pasukan juga amat penting.”

“Insya-Allah, Terengganu akan sekali lagi menjadi pencabar yang baik buat pasukan-pasukan lain,” kata Hairuddin Omar kepada Stadium Astro.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram