Gandingan Radamel Falcao & James Rodriguez Bakal Disatukan Semula?
Eropah
Squawka
Advertisements

Hasrat untuk melihat duo berbisa Colombia, Radamel Falcao dan juga James Rodriguez semakin hampir menjadi kenyataan.

Seperti yang sedia maklum, bekas pemenang Golden Boot di Piala Dunia 2014, James Rodriguez kini berstatus ejen bebas selepas tidak lagi bersama pasukannya, Olypiacos FC.

Tidak sampai setahun di Greece, pemain berusia 31 tahun itu gagal mencapai tahap yanh diharapkan oleh pasukan selain tangga gajinya yang cukup tinggi menyebabkan khidmat beliau tidak lagi dikekalkan.

Advertisements

Menurut beberapa laporan dari Eropah, beliau mungkin akan bergabung semula dengan rakan senegaranya, Radamel Falcao bagi meneruskan kariernya.

Ketika ini, terdapat dua kelab dari Turki yang menyatakan minat untuk mendapatkan bekas bintang Real Madrid iaitu Galatasaray dan juga Besiktas.

Galatasaray yang kini memimpin carta pendahulu liga berpeluang cerah untuk mara ke pentas Liga Juara-Juara (UCL) mahu mendapatkan pemain berpengalaman untuk membawa cabaran pasukan.

Advertisements

Ini sekaligus memungkinkan Galatasaray menjadi destinasi baharu James dengan bergandingan semula bersama Falcao.

Namun begitu, masih tiada pengesahan rasmi sama ada Falcao mahu kembali ke Galatasaray atau mencari haluan baharu apabila kini masih terikat dengan kontrak bersama kelab La Liga, Rayo Vellecano.

Bekas bintang Manchester United, Juan Mata juga bakal tamat kontrak pada penghujung musim ini difahamkan akan membawa haluan baharu.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram