Gary Steven Robbat Kembali Dapat Sentuhan ‘Emas’ Di Sabah
Blog
Sabah FC
Advertisements

Keputusan pemain tengah, Gary Steven Robbat untuk berhijrah ke pasukan Sabah FC ternyata merupakan satu keputusan yang sangat tepat walaupun hadir selaku pemain yang sinonim dengan masalah kecederaan.

Pada perlawanan Liga Super yang menemukan Sabah FC menentang Penang FC semalam, Gary dimainkan sepenuh masa dan berjaya mengejutkan para peminat Sabah dengan satu persembahan yang memukau. Perlawanan tersebut dimenangi Sabah dengan keputusan 4-2.

Pemain tengah bertahan berusia 29 tahun ini beraksi dengan sangat cemerlang dan kelibat beliau sentiasa berada di mana-mana tidak kira atas, bawah, tengah, kiri mahupun kanan dengan satu tujuan utama iaitu untuk mendapatkan bola.

Advertisements

Selain itu, hantaran-hantaran tepat dari beliau juga membolehkan Sabah menguasai perlawanan terutamanya di bahagian tengah dan kadang kala beliau juga mempamerkan kreativiti dengan melakukan hantaran lolos yang memerangkap pihak lawan.

Bagi para penyokong Sabah, walaupun Baddrol Bakhtiar berjaya meledak dua gol, namun aksi memukau Gary di bahagian tengah pasukan Sabah menjadikan pemain ini juga merupakan salah seorang pemain yang layak dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan.

Adakah faktor Datuk Ong Kim Swee yang menjadikan Gary kembali mendapat sentuhan emas? Semestinya ia menjadi salah faktor yang terpenting kerana Ong Kim Swee sendiri mengenali pemain ini semasa beliau mengendalikan skuad bawah 23 tahun negara sebelum ini.

Advertisements

Gary sememangnya merupakan antara pemain tengah terbaik yang Malaysia miliki dan beliau juga pernah dihantar berlatih bersama kelab gergasi Jerman, Borussia Dortmund pada tahun 2015 sebelum melalui karier berliku gara-gara kecederaan yang kerap menghantui beliau.

Sehingga kini, Gary sudah mengumpul empat kaps bersama pasukan kebangsaan. Jika prestasi beliau dapat dikekalkan ataupun mungkin dipertingkatkan lagi, semestinya nama beliau bakal menjadi sasaran Kim Pan-gon untuk menyarung semula jersi keramat Harimau Malaya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram