Hiburan
Muhammad Sanusi Md Nor
Advertisements

Aksi Presiden Kedah Darul Aman FC bermain bola sepak tular dan beliau dikaitkan dengan gerakan persis pemain Manchester United dari Portugal, Cristiano Ronaldo.

Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor dilahirkan pada 4 Ogos 1974 di Sik, Kedah kini menjangkau umur 47 tahun, hampir sebaya umur dengan beberapa pemain lagenda dunia seperti Roberto Carlos dan Zinedine Zidane.

sanusi 1 1 Foto: Gaya Sanusi Bermain Bola Sepak Dikaitkan Dengan Cristiano Ronaldo
Gerakan luar biasa Dato’ Seri Sanusi menggelecek lawan.

Baru-baru ini nama menteri besar Kedah ini kembali disebut-sebut dalam dunia bola sepak selepas beliau beberapa kali membuat hantaran di media sosial berkaitan isu Kedah Darul Aman FC dan Johor Darul Ta’zim sebelum pertembungan pusingan pertama suku akhir Piala Malaysia 2021.

Advertisements

Beliau memuat naik gambar bermain bola sepak dan rata-rata gambar yang dimuat naik melihatkan gerakan dan lenggok gaya beliau seperti jaguh bola sepak antarabangsa, Cristiano Ronaldo.

Lenggok gaya seperti David Beckham semasa membuat hantaran jauh.

“Gaya tu, sepakan seperti Cristiano Ronaldo tu.” Komen Muaaz Othman di Facebook Dato’ Seri.

‘Pertembungan’ di media sosial di antara Dato’ Seri Sanusi dan Tunku Ismail sedikit sebanyak berjaya menghangatkan lagi perlawanan suku akhir di antara pasukan Kedah Darul Aman dan Johor darul Ta’zim di Stadium Darul Aman.

Advertisements

Perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan tanpa jaringan 0-0 namun aksi menarik berjaya dipamerkan kedua-dua pasukan.

Kedah bakal bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim Khamis ini (18 November) dan tugas sukar menanti pasukan dari utara berkenaan untuk layak ke pusingan seterusnya memandangkan Johor Darul Ta’zim sudah pasti mempunyai perancangan rapi mencari gol sebanyak mungkin di halaman sendiri.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram