Gary White: Malaysia Datang & Kalah 2-0 Dulu,  Kami Tak Perlu Takut
Piala Dunia
Chinese Taipei FA
Advertisements

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Taiwan, Gary White mengakui bahawa pasukannya tidak gentar untuk berdepan Malaysia terutamanya beraksi di laman sendiri.

Dalam satu kenyataan pra perlawanan semalam, pengendali berpengalaman itu memberitahu bahawa pasukannya kini sudah pun bersedia sepenuhnya intuk menghadapi pasukan bimbingan Kim Pan-gon.

Sungguhpun tewas pada aksi pembukaan berdepan Oman, White tetap optimis bahawa pasukannya akan turun dengan tentangan sengit bagi perlawanan ini kerana kelebihan menjadi milik pasukannya.

Advertisements

Malaysia pula berada pada momentum terbaik selepas mencatatkan kemenangan berharga ke atas pasukan 100 terbaik dunia, Kyrgyzstan dengan keputusan 4-3.

“Para pemain kami amat teruja untuk beraksi di hadapan penonton yang bakal membanjiri stadium. Anda tahu apa akan jadi jika stadium penuh.”

Advertisements

Beliau juga pernah membimbing pasukan Taiwan ketika mengatasi Malaysia dengan keputusan 2-0 sambil beliau melaungkan keazaman untuk memburu tiga mata penting.

“Malaysia pernah datang dahulu di sini dan tewas 2-0, jadi kami tiada apa yang perlu ditakutkan,” jelasnya menerusi laman CTFA.

Advertisements

Kemenangan ke atas Taiwan amat penting buat skuad kebangsaan untuk membawa momentum cemerlang sebelum ke Piala Asia awal tahun hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram