Gelagat Arif Aiman Cium Tangan Amri Yahyah Buat Ramai Terhibur
Dunia
Hunydedear
Advertisements

Penyerang Sabah FC, Mohd Amri Yahyah dirakam sedang menyakat pemain sayap Johor Darul Ta’zim, Arif Aiman Hanapi ketika aksi Liga Super antara JDT menentang Sabah pada kelmarin. 

Pemain yang berusia 41 tahun itu sempat menegur ketika Arif sedang menunggu isyarat pengadil untuk lontaran bola. Amri yang sedang berjalan untuk sesi memanaskan badan pergi terus meluru ke arah Arif Aiman ketika melihat sayap lincah itu berada di tepi padang.

Dalam satu hantaran di laman Tiktok @Hunydedear, beliau turut berkongsi detik dimana Arif Aiman  mencium tangan Amri Yahya sebagai tanda hormat. Respon yang ditunjukkan Arif itu telah mendapat pujian ramai dalam kalangan pengguna aplikasi Tiktok. 

Advertisements

https://vt.tiktok.com/ZSRgnPvdC/

Video yang dimuatnaik itu tular apabila meraih lebih 775 ribu tontonan. 

Momen gemilang JDT pada malam tersebut telah diserikan dengan ledakan Arif Aiman dan Bergson Da Silva sekaligus melengkapkan kemenangan ke-17   buat skuad kendalian Hector Bidoglio. 

Advertisements

Arif Aiman Hanapi cemerlang merekodkan sebanyak 3 gol dan 13 bantuan gol secara keseluruhanya setelah mengharungi 21 perlawanan dalam saingan Liga Super 2022.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram