Gelagat ‘Ejen Kimia 442’ Papé Diakité Yang Tak Henti Diusik Rakan Sepasukan
Dunia
Nijey5
Advertisements

Gelagat pemain import pasukan Terengganu FC, Papé Diakité mencuri tumpuan apabila beliau kelihatan sedang bergurau senda bersama rakan sepasukan.

Pertahanan kelahiran Senegal ini merupakan tunjang utama pada bahagian pertahanan pasukan sehingga berjaya melangkah ke pentas Asia musim hadapan.

Papé menunjukkan kemesraan dan keakraban yang cukup baik apabila mudah ‘diusik’ oleh rakan-rakan terutamanya Faisal Halim dan Shahrul Nizam.

Advertisements

Menerusi satu hantaran di laman tiktok, pemain berusia 29 tahun ini disuruh oleh Shahrul dan juga Faisal untuk bertutur dalam bahasa Melayu.

Beliau berusaha sedaya upaya untuk memahami dan meniru bunyi perkataan yang dilafazkan oleh Nizam dan segera bertanya maksud perkataan tersebut.

“Hino ko, hino ko,” ujar Shahrul.

Advertisements

Beliau membalas dengan bertanyakan maksud kata tersebut dan tidak mahu dipermainkan oleh mereka berdua.

“Apakah maksudnya?”

Pape akhirnya berjaya menyembut beberapa frasa seperti ‘hino suasano’ sungguhpun perbuatannya diselangi dengan gelak tawa rakan sepasukan.

Advertisements

Beliau kini jelas menjadi nadi dalam perancangan Nafuzi Zain termasuklah ketika membantu pasukan membelasah Sri Pahang 5-1 dalam aksi pusingan 16 Piala Malaysia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram