Gelagat R. Kogileswaran Terbaring Ketika Sesi Latihan Jadi Bualan
Dunia
Chfc_2023
Advertisements

Pemain baharu pasukan Chungbuk Cheongju FC, R. Kogileswaran yang terbaring ketika sesi latihan tular dan menjadi bualan para penyokong Malaysia.

Seperti yang sedia maklum, pemain berusia 23 tahun itu baru sahaja melengkapkan perpindahan ke kelab K. League 2 tersebut daripada PJ City FC.

Bekas pemain Sri Pahang ini menyahut cabaran dalam perjalanan kariernya apabila beliau mengambil langkah untuk terbang dan berkelana di Korea.

Advertisements

Beliau juga difahamkan ada menerima dua tawaran daripada kelab di sana sebelum membuat keputusan untuk bersama Chungbuk.

Menerusi satu hantaran di laman rasmi kelab, Kogileswaran dilihat sudah pun memulakan latihan bersama kelabnya namun gelagatnya sering mencuri tumpuan.

Beliau kelihatan terbaring di atas rumput sambil memegang muka sekaligus menggambarkan proses penyesuaian dirinya di Korea.

Advertisements

Gambar tersebut disusuli dengan kata-kata, “Kogi sedang menyesuaikan diri di Korea.”

Ruangan komen tersebut juga dipenuhi dengan sokongan kepada pemain ini dan rata-rata mendoakan kejayaannya di sana.

“Jaga beliau baik-baik ya.”

Advertisements

“Perlahan-lahan sesuaikan diri di sana,” komen Muhd Farid.

Chungbuk dijangka akan memulakan aksi pertama pada bulan Mac kelak sekaligus berpeluang menyaksikan penampilan sulung beliau di sana.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram