Ads
UltraSukan
New Straits Times

Liputan Sukan Asia 2023 di Hangzhou, China lebih menarik apabila seorang wartawan negara itu mampu bertutur dalam Bahasa Melayu dengan fasih.

Advertisements

Kebolehan Liang Liang, seorang wartawan dari China Media Group (CMG) itu menarik perhatian ramai lebih-lebih lagi selepas video beliau menyanyi lagu Rasa Sayang tular di media sosial.

Advertisements

Liang Liang yang mesra dipanggil Husna oleh pensyarah Bahasa Melayu beliau di Universiti Minzu Yunnan di Kunming mempunyai 517,000 pengikut di Facebook. Menariknya, kebanyakan pengguna yang mengikuti beliau berasal dari Malaysia.

Advertisements

Advertisements

Menurut jelitawan berusia 29 tahun itu, beliau dapat fasih berbahasa Melayu disebabkan lagu-lagu penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza. Ini kerana banyak lagu beliau dijadikan bahan kajian bahasa di Universiti Minzu Yunnan.

Liang Liang mula mempelajari Bahasa Melayu selepas menyertai program pertukaran pelajar universitinya dan Universiti Malaya selama setahun.

Advertisements

Atas sebab itu, bila beliau melihat pakaian kontinjen negara berwarna oren, ini bukan saja membantu beliau bertutur dengan warga Malaysia dalam Bahasa Melayu. Malah, ini secara tidak langsung menghilangkan sedikit rasa rindu Liang Liang kepada Malaysia.

“Saya rindukan Malaysia. Saya rindu pasar malam di Malaysia. Pergi ke pasar malam sudah menjadi hobi saya ketika di Malaysia. Dalam seminggu sekali atau dua mesti saya ke pasar malam. Saya suka pasar malam SS2 dan Masjid Jamek.

“Saya rasa Malaysia sebuah negara yang selamat dan banyak tempat yang menarik seperti Melaka, Pulau Pinang, Putrajaya dan Port Dickson,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Advertisements

Liang Liang bertugas melaporkan perkembangan berita di China dalam Bahasa Melayu untuk CMG termasuk perkembangan terkini temasya Sukan Asia 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram