Gerakan Solo Tak Masuk Akal Sony Norde Persis Raheem Sterling
TV
Foto Facebook / Melaka United FC
Advertisements

Bekas pemain Boca Juniors yang kini beraksi bersama Melaka United membantu pasukan berkenaan menewaskan pencabar kejuaran Liga Super 2021, Terengganu dengan jaringan 2-0.

Terengganu yang kelihatannya seperti hilang rentak ‘magik’ yang dilakukan dalam perlawanan sebelum ini terpaksa menelan pahitnya sebuah kekalahan.

Lebih menarik dalam perlawanan ini adalah aksi tak masuk akal penyerang import Melaka United, Sony Norde yang sebelum ini dikritik kerana gagal memberikan impak segera kepada Melaka United.

Advertisements

Menerusi gerakan solonya, Sony menggelecek lebih 4 bentuk halangan dari tengah padang, menarik bola sedikit ke kanan seterusnya membuat tuisan luar biasa lantas menjaringkan gol pertama buat pasukan Melaka United.

Sehinggakan ada yang menyamakan gerakan Sony ini dengan pemain sensasi England, Raheem Sterling di laman Twitter @MFL_MY

Sony Horde sebelum ini beraksi lebih 27 perlawanan bersama skuad kebangsaan Haiti dan bergelut mencari rentak terbaiknya di Melaka United.

Advertisements

Perlawanan Melaka United – Terengganu berkesudahan dengan Melaka United menang 2-0 di Stadium Hang Jebat.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram