Salam Perpisahan Gerard Pique Buat Messi
Eropah
Advertisements

Setiap yang bertemu pasti akan berpisah. Roda kehidupan sentiasa berputar dan tidak pernah berhenti walaupun sesaat. Begitulah keadaan semua makhluk di dunia dan tidak terlepas darinya ialah pemain lagenda bola sepak Barcelona iaitu Lionel Messi.

Dunia bola sepak dikejutkan dengan pengumumuan mengejutkan dari kelab gergasi Sepanyol, Barcelona yang telah mengesahkan bahawa bintang mereka Lionel Messi bakal meninggalkan kelab itu dan tidak akan bersama mereka pada musim hadapan. Salah satu puncanya adalah disebabkan masalah kewangan kelab yang agak meruncing.

Pemain pertahanan tengah Barcelona, Gerard Pique baru-baru ini ada menulis ucapan perpisahan kepada Lionel Messi. Pastinya pemergian Messi merupakan satu tamparan hebat buat Pique yang sudah beraksi bersama Messi dalam tempoh masa yang agak lama.

Advertisements

“Kini ianya sudah tidak sama seperti dulu. Bukan di Nou Camp (stadium Barcelona), bukan di kota Barcelona, bukan diri kita sendiri. Setelah lebih 20 tahun bersama kelab, kau akan berhenti menyarung baju Barcelona. Itulah realitinya, kadang-kadang ianya sangat kejam”.

“Pada musim pertama sekembalinya aku di Barcelona, kita berjaya menang ‘treble’ dan kau menjadi pemain terbaik sepanjang zaman. Di situlah bermulanya perjalanan seorang lagenda. Apa yang berlaku selepasnya ialah sejarah. Banyak momen indah yang kita lalui”.

“Namun kini kau akan pergi, tapi aku yakin dan pasti satu hari nanti kau akan pulang semula. Masih ada banyak perkara tertangguh yang kita nak lakukan. Bergembiralah walau dimana kau akan pergi dan teruskan kemenangan yang pasti kau tahu bagaimana mahu kecapinya. Kami di sini akan merindui kau. Aku sayang kau Leo.”

Advertisements

Bersama Barcelona, Messi berjaya menjaringkan 672 gol. Beliau juga sudah menjulang 34 trofi bersama kelab selain menggondol Ballon d’Or sebanyak 6 kali bagi memahat namanya selaku pemain terbaik dunia.

Beliau juga digelar ‘Raja Gol’ dek kerana menjadi penjaring terbanyak Liga Sepanyol sebanyak 8 kali sepanjang beliau beraksi bersama Barcelona.

Video di bawah ialah video yang dimuat naik oleh Youtube FC Barcelona di mana bekas-bekas pemain Barcelona memberikan ucapan penghargaan buat Lionel Messi. Tonton video di bawah :

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram