Gergasi Merah Kuning Kekal Guna Stadium MBPJ Sebagai Gelanggang Tuan Rumah
Dunia
Selangor FC
Advertisements

Menurut satu hantaran di Twitter Jurnalis Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi memaklumkan bahawa pasukan Selangor FC akan kekal menggunakan Stadium MBPJ sebagai gelanggang ‘home’ bagi saingan liga musim depan.

Sejak musim ini skuad merah kuning terpaksa menggunakan Stadium MBPJ, Kelana Jaya ekoran kerja baik pulih Stadium Shah Alam yang masih belum selesai. Stadium Shah Alam yang ditutup bagi proses penyelenggaraan dianggarkan melibatkan kos sehingga RM250 juta.

Terdahulu, Dr Johan Kamal Hamidon sebelum ini telah menjelaskan bahawa pasukan Selangor FC akan beraksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sekurang-kurangnya tiga tahun. Oleh itu, skuad The Red Giant akan terus beraksi di Stadium MBPJ.

Advertisements

Situasi ini telah mendapat perhatian penyokong tempatan kerana merisaukan keadaan padang di Stadium MBPJ kerana dua pasukan iaitu Selangor FC dan PJ City FC akan berkongsi untuk menggunakan venue ini. Namun hasil usaha pihak pengurusan Selangor FC dan MBPJ sebelum ini, kita dapat lihat beberapa penambahbaikkan telah diusahakan terutamanya melibatkan sistem saliran air di stadium.

Skuad kendalian Karsten Neitzel bagaimanapun akan meneruskan baki perlawanan peringkat kumpulan B saingan Piala Malaysia bersama Terengganu, Perak dan Kuching City. Selangor FC kini menduduki tangga kedua kumpulan dengan mengumpul 3 mata setelah dua perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram