Advertisements
Stadium Shah Alam Ditutup Untuk Kerja Baik Pulih Libatkan Kos RM250 Juta
Dunia
MakanBola

Selangor FC akan beraksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk sekurang-kurangnya tiga tahun bermula musim ini.

Ketua pegawai eksekutifnya berkata persiapan rapi stadium sementara yang akan menjadi gelanggang rasmi Gergasi Merah sedang giat dijalankan memandangkan Stadium Shah Alam kini dalam proses baik pulih.

“Untuk musim ini kita sah beraksi di stadium tersebut paling kurang pun dua atau tiga tahun dan sudah membuat persiapan untuk tujuan itu,” kata Dr Johan Kamal Hamidon.

johar selangor Stadium Shah Alam Ditutup Untuk Kerja Baik Pulih Libatkan Kos RM250 Juta
Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon bercakap kepada Media Selangor selepas majlis penyerahan cek sumbangan kepada pasukan bolasepak Selangor FC dan Komuniti Belia Selangor (SAY) di Pusat Latihan Persatuan Bolasepak Selangor, Shah Alam pada 8 Januari 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata kos baik pulih Stadium Shah Alam melibatkan penggantian bumbung polikarbonat serta pendawaian elektrik pada bahagian itu mencecah RM30 juta manakala kos keseluruhan adalah RM250 juta.

Pada tahun 2013 dan 2014, Stadium Shah Alam pernah ditutup lebih 9 bulan untuk kerja baik pulih yang melibatkan kos sekitar RM140 juta (RM70 juta + RM70 juta) dengan kerosakan dan baik pulih yang hampir sama untuk tahun 2020.