Ghaddar, Pemain Hebat Yang Julang Piala Malaysia 2 Kali Tanpa Bermain di Final
Trivia
Mstar Online
Advertisements

Trofi Piala Malaysia, trofi yang menjadi idaman setiap pemain yang beraksi di Liga Malaysia baik pemain tempatan mahupun import.

Tidak lengkap karier rasanya andai tidak menjulang piala berprestij tertua di Asia itu sekurang-kurangnya sekali, begitulah nilai tinggi yang ada pada Piala Malaysia.

Di sebalik ramai yang menggantung but tanpa berpeluang mengucup trofi itu, ada seorang pemain yang pernah menjulang Piala Malaysia dua kali tanpa bermain di pentas final, ianya tidak lain, bekas penyerang import sensasi Kelantan dan JDT – Mohamed Ghaddar.

Advertisements

Ghaddar menjulang trofi berkenaan kali pertama pada 2012 dan kemudiannya bersama JDT pada 2017.

Di sebalik tidak berpeluang memperaga aksi di pentas final, pemain dari Lubnan itu mengakui menjulang Piala Malaysia adalah antara momen terbaik karier yang tidak akan dilupakannya.

Dia digantung perlawanan ketika final 2012 yang mana Kelantan menewaskan ATM 3-2 menerusi jaringan masa tambahan Indra Putra Mahyuddin, manakala pada 2017 pula walaupun muncul pemenang kasut emas musim tersebut, dia sekadar menjadi pemain simpanan JDT yang menjulang piala dengan menewaskan Kedah.

Advertisements

“Musim pertama berada di Malaysia, masa itu saya datang ke Malaysia dan tidak tahu apa-apa mengenai negara ini dan liga bola sepak di sini.

“Sehinggalah jurulatih Bojan Hodak waktu itu banyak membantu, beliau katakan saya pemain yang bagus dan kita semua akhirnya sama-sama berjaya menang semua trofi dalam satu musim untuk meraih Treble.

“Masa final 2012, saya pulang ke Lubnan dan hanya menonton siaran langsung di televisyen sahaja, memang rasa lain apabila hanya mampu tengok sedangkan rakan lain sedang bermain.

Advertisements

“Tetapi 2017, walaupun saya tak main, tapi sekurangnya saya dapat rasa aura di Stadium Shah Alam waktu itu dipenuhi ramai penyokong, saya tetap gembira apabila kami menjulang trofi.

“Memandangkan saya akan berada lebih kurang sebulan lagi di Malaysia sekarang, insyaAllah saya nak juga tengok aksi Piala Malaysia tahun ini sebab dah lama tidak rasa aura di sini”, kata Ghaddar.

Kali terakhir Ghaddar beraksi di pentas Liga Malaysia adalah pada musim 2019 ketika bersama JDT dan seterusnya kembali ke Lubnan untuk beraksi bersama kelab Nejmeh FC.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram