Giliran Karim Benzema Ucap Selamat Tinggal Piala Dunia
Dunia
Fox Sports
Advertisements

Tamparan besar buat kem Perancis menjelang bermulanya Piala Dunia Qatar 2022 pada malam ini apabila mereka terpaksa melupakan kelibat pemenang Ballon d’Or, Karim Benzema.

Penyerang Real Madrid berusia 34 itu yang sepatutnya beraksi di Piala Dunia buat kali kedua terpaksa disisihkan setelah kecederaan paha kirinya kembali berulang.

Persekutuan Bolasepak Perancis mengesahkan Benzema tidak akan bermain di Qatar memandangkan kecederaannya itu akan mengambil masa sekurang-kurangnya tiga minggu untuk pulih.

Advertisements

Benzema dalam nada sebak di instagramnya memaklumkan, ini adalah antara kekecewaan terbesar dalam kariernya memandangkan dia begitu teruja kembali bermain di Piala Dunia setelah disisihkan pada edisi 2018 yang menyaksikan Perancis bergelar juara dunia dengan menewaskan Croatia.

“Dalam hidup saya, saya tidak pernah berputus asa tapi saat ini saya perlu memikirkan tentang pasukan sepertimana yang selalu saya lakukan. Jadi atas alasan itu saya membuat keputusan meninggalkan tempat saya untuk diisi pemain lain yang boleh membantu pasukan mengharungi Piala Dunia yang cemerlang. Terima kasih atas mesej dan sokongan ditunjukkan anda kepada saya,” kata Benzema.

Kecederaan paha Benzema pada hakikatnya merupakan kecederaan lama yang dialami bersama Real Madrid pada bulan lalu yang belum pulih sepenuhnya.

Advertisements

Dia tidak secara penuh dalam satupun perlawanan sejak 19 Oktober lalu, menyaksikannya hanya bermain kurang sejam secara keseluruhan dalam enam perlawanan bersama kelab.

Benzema pada hakikatnya baru sahaja menyertai latihan penuh buat kali pertama bersama Perancis yang berkumpul di Clarefontaine sejak Isnin lalu dan ternyata tuah tidak menyebelahinya untuk mempamer sengat membantu Les Bleus mempertahankan kejuaraan.

Termasuk Benzema, Perancis yang berada sekumpulan dengan Australia, Denmark dan Tunisia kini sudah kehilangan hampir setengah dozen pemain utama kerana kecederaan termasuklah Paul Pogba, N’golo Kante, Presnel Kimpembe dan Christophe Nkunku.

Advertisements

FIFA bagaimanapun menetapkan Perancis masih boleh memanggil pengganti saat akhir sebelum sepak mula perlawanan pertama Piala Dunia antara Qatar dan Ecuador malam ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram