Giliran Kemboja Uji Pasukan Piala Dunia
Asia
FF Cambodia
Advertisements

Pasukan kebangsaan Kemboja menerima perkhabaran yang amat besar apabila difahamkan akan berdepan dengan sebuah pasukan Piala Dunia tahun 2022.

Menerusi satu perkongsian oleh laman Asean Football, Kemboja yang menghuni tangga ke-178 dunia itu bakal berdepan sebuah ujian hebat untuk menentang lawan yang bukan calang-calang.

Pasukan bimbingan Félix Dalmás juga berada dalam momentum terbaik sungguhpun dikecewakan oleh Pakistan dalam aksi pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2026.

Advertisements

Perkhabaran terbaru menyaksikan satu perlawanan persahabatan antarabangsa akan diadakan antara pasukan ke-61 dunia, Qatar dan juga Kemboja.

Aksi itu bakal diadakan di Doha, Qatar pada hujugn bukan Disember tahun ini dan juga menjadi sebahagian daripada persiapan Qatar ke Piala Asia tahun hadapan.

Qatar yang dibimbing oleh Félix Sánchez berada dalam momentum terbaik selepas berjaya mengikat Russia dengan keputusan 1-1 selain menewaskan Iraq menerusi penentuan penalti awal bulan ini.

Advertisements

Qatar berada dalam Kumpulan A di Piala Asia dan bakal berdepan China, Tajikistan dan Lubnan sekaligus menjadikan Kemboja berdepan lawan yang cukup berkualiti untuk memantapkan pasukan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram