Eropah

Giliran Kobe Chong Pamer Kualiti Hebat Di England

Kobe Leighton Town FC 1 Giliran Kobe Chong Pamer Kualiti Hebat Di England
Leighton Town FC

Nama pemain tengah warisan Malaysia, Kobe Chong kembali menjadi sebutan dalam kalangan peminat bola sepak negara.

Advertisement

Pemain tengah berusia 25 tahun itu kembali menjadi sebutan menerusi hantaran bola berkualiti yang direkodkan dalam aksi antara kelabnya, Leighton Town dan Stratford Town.

Hantaran bola yang dibuat Kobe membolehkan Leighton meraih gol penyamaan menerusi Euan Warlow pada minit ke-85.

Gol tersebut memastikan Leighton mengikat Stratford 2-2 sehingga tamat perlawanan. Video hantaran berkualiti Kobe turut dikongsikan Harimau Abroad.

Leighton berharap keputusan itu dapat membantu mereka terus mendaki kedudukan Southern League Premier Central (divisyen ketujuh England).

Kobe menyertai Leighton selepas meninggalkan Malvern Town pada Oktober lalu.

Percuma untuk pembacaTnG Money Packet PercumaMenyemak Money Packet...
--baki
Memuatkan...