Eropah

Jerman ‘Titik’ Belanda 5-0

Van Hecke Havertz Belanda Jerman KNVB Jerman ‘Titik’ Belanda 5-0
KNVB

Jerman memastikan Belanda mengalami kekalahan terburuk di tangan pasukan itu buat kali pertama sejak tahun 1959.

Advertisement

Hal ini dicapai anak buah Jurgen Klopp dengan meraih kemenangan besar 5-0. Arkitek Liverpool, Florian Wirtz dan pemain sayap RB Leipzig, Brajan Gurda menjadi duri dalam daging kepada Belanda.

Derry Scherhant meledakkan gol pertamanya bersama Jerman pada minit ke-41. Wirtz menggandakan kelebihan tuan rumah pada minit ke-60.

Bek tengah Borussia Dortmund, Nico Schlotterbeck menambah derita pelawat pada minit ke-65. Wirtz sekali lagi mencetak nama sebagai penjaring pada minit ke-71.

Gruda melengkapkan malam gemilang Jerman dengan gol pada minit ke-77. Lebih menarik, Sofascore memberi markah 10 kepada beliau atas persembahan cemerlangnya menentang Belanda.

Ini kekalahan terburuk Belanda di tangan Jerman sejak tewas 7-0 kepada lawan sama pada 1959. Jurulatih Belanda, Xavi mengakui kecewa dengan apa yang berlaku.

Xavi KNVB 1 Jerman ‘Titik’ Belanda 5-0
Xavi kecewa melihat anak buahnya menjadi mangsa belasahan Jerman. Sumber: KNVB.

“Saya terkejut. Saya tak faham bagaimana perkara ini boleh berlaku dan saya amat kecewa. Saya beritahu para pemain bahawa kita perlu ubah mentaliti kita.

“Hari ini, kita tidak mampu menandingi Jerman kerana kita tidak berpegang teguh kepada nilai-nilai kita. Kita tidak boleh menerima perkara ini.

“Banyak perkara yang perlu kita ubah selepas hari ini. Kita memerlukan pemain yang mempunyai semangat,” katanya selepas perlawanan.

Meskipun tewas, Belanda tetap mengiringi Jerman layak ke suku akhir Liga Negara-Negara UEFA (UNL) selaku naib juara Kumpulan 2 Liga A.