Eropah

Malaysia Jadi ‘Wake Up Call’ Sonny Garang Berkelana Di Eropah

Sonny Oliveira do Bairro SC Malaysia Jadi ‘Wake Up Call’ Sonny Garang Berkelana Di Eropah
Oliveira do Bairro SC

Pengalaman ketika berada di Malaysia menjadi pendorong buat pemain sayap Sudan Selatan, Sonny Garang untuk berkelana di benua Eropah.

Advertisement

Perkara ini dikongsikan pemain sayap berusia 24 tahun itu menerusi satu hantaran di Threads baru-baru ini.

Sonny tiba di Malaysia pada 2020. Walau bagaimanapun, situasi pandemik Covid-19 pada ketika itu memberi kesan besar termasuk kepada penggiat bola sepak.

Beliau kemudiannya menjalani sesi percubaan bersama PDRM FC pada 2021. Meskipun gagal mendapat kontrak bersama pasukan itu, maklum balas daripada jurulatih pada ketika itu mendorongnya menjadi pemain lebih baik hingga mampu berkelana ke Eropah.

“Saya tiba di Malaysia pada tahun 2020, kemudian pandemik COVID-19 melanda. Pada ketika itu, saya berada dalam situasi yang sangat mencabar.

“Pada tahun 2021, setelah keadaan kembali normal, saya menjalani sesi percubaan bersama PDRM FC dalam Liga Premier Malaysia. Mereka memutuskan untuk tidak menawarkan kontrak kepada saya, dan saya ingin mengetahui sebabnya.

“Saya menerima maklum balas tersebut secara positif dan berusaha untuk memperbaiki diri. Kini, saya berada di Eropah, dan hasil daripada usaha memperbaiki diri berdasarkan maklum balas tersebut, saya telah mencapai kejayaan yang positif,” katanya.

Semakan di pangkalan data Football Manager menyaksikan pemilik nama sebenar Akot Sonny Garang Garang itu berkelana ke Eropah selepas itu.

Antara kelab yang pernah disertai beliau ialah 1.FC Schonenberg, FK Minija Kretinga, Macedo de Cavaleiros dan Albernoense. Sonny kini beraksi untuk kelab Portugal, Oliveira do Barro SC.

Percuma untuk pembacaTnG Money Packet PercumaMenyemak Money Packet...
--baki
Memuatkan...