Giroud Dedahkan Punca Beliau ‘Angkat Kaki’ Tinggalkan Chelsea
Dunia
AC Milan
Advertisements

Bekas penyerang Chelsea, Olivier Giroud mendedahkan tentang punca sebenar beliau memilih untuk meninggalkan The Blues itu selepas 10 tahun bermain dalam saingan Liga Perdana Inggeris.  

Beliau mengakui sejak kehadiran jurulatih baru Chelsea, Thomas Tuchel kehidupanya di Stamford Bridge menjadi sukar oleh kerana beliau tiada dalam perancangan jurulatihnya itu. 

Beliau menjelaskan kepada Telefoot mengapa keputusan yang diambil untuk beralih dari London untuk Milan, Giroud berkata: “Saya amat menyukai Liga Perdana, akan tetapi pada suatu ketika, saya harus membuat keputusan.” 

Advertisements

“Saya memberitahu Thomas Tuchel bahawa tiga bulan terakhir terlalu sukar buat saya” 

“Itu adalah pilihan yang jelas untuk meninggalkan Chelsea. Ada perkara yang bagus dan juga ada perkara yang kurang memuaskan.  Akan tetapi kami berjaya memenangi tiga gelaran penting.” 

Pemain antarabangsa Perancis itu masih dahagakan kemenangan dan beliau juga menegaskan yang perjuangannya untuk beraksi buat skuad antarabangsa Perancis masih belum tamat.  

Advertisements

“Saya belum selesai, jauh dari itu. Percayalah, kuda tua belum mati!” Giroud dalam Le Figaro

Dalam pada itu, beliau berjaya memperoleh trofi-trofi utama seperti Juara FA Cup, Liga Europa UEFA dan yang terkini Liga Juara-Juara UEFA.  

Malah, pencapaian gol buat pemain berusia 34 tahun ini tidak boleh dipandang remeh . Beliau berjaya mencatatkan jaringan gol sepanjang kariernya di England buat Arsenal sebanyak 105 jaringan gol dan 35 jaringan gol buat Chelsea.  

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram