Glassock dan Lucas Espindola Sertai Sri Pahang
Dunia
Advertisements

Sri Pahang pada Jumaat mengumumkan telah mendapatkan khidmat pemain pertahanan dari Australia, Michael John Glassock untuk memperkuat barisan belakang.

“Pemain berusia 23 tahun dengan ketinggian 1.91m ini merupakan nadi pertahanan Sydney Olympic dalam saingan National Premier League sepanjang musim lalu.

“Diketahui memiliki ciri kepimpinan tinggi, Glassock sudah bersedia membuktikan kredibilitinya di Liga Malaysia. Selamat datang Glassock ke Sri Pahang, hitam putih takkan padam,” menurut kenyataan kelab itu.

Advertisements

Kelab pantai timur itu turut menyambar khidmat penyerang dari Brazil, Lucas Espindola da Silva untuk memperkuatkan barisan serangan mereka bagi saingan musim 2023.

“Ketajaman penyerang bertubuh sasa berusia 33 tahun dari Brazil ini menjadi taruhan terbaru Sri Pahang di barisan serangan.

“Cemerlang bersama Penang pada musim lalu, Lucas turut membawa bersama pengalaman beraksi di pentas tertinggi Asia bersama beberapa kelab Hong Kong,” ujar kelab berkenaan.

Advertisements

Kehadiran Espindola mengisi kekosongan ditinggalkan oleh penyerang dari Colombia, Steven Rodriguez yang tampil cemerlang menjaringkan 12 gol dalam 17 penampilan musim lalu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram