Penyerang Melaka FC, Jafri Firdaus Chew mencipta sensasi dalam aksi terbaru Liga Super menentang Star City FC di Stadium Hang Jebat.
Sensasi yang dimaksudkan ialah gol ala Puskas yang diciptanya sekali gus mengejutkan penjaga gol pelawat, Farhan Abdul Majid pada minit kelima.
Selepas menerima hantaran rakan sepasukan, Simen Lyngbo, Jafri melepaskan rembatan deras dari luar kotak penalti. Rembatan tersebut tepat menuju ke penjuru atas sebelah kiri gawang Star City.
Sebaik Malaysian Football League (MFL) memuat naik video gol tersebut di platform rasmi mereka, ramai peminat bola sepak teruja dengan gol berkenaan.
Seorang peminat bernama Amirulasrrf percaya gol itu memperlihatkan sentuhan berbisa Jafri menerusi kaki kirinya. “Bisa kaki kiri,” katanya di Instagram.
Eeidayu Abu Bakar pula melabel gol tersebut sebagai terbaik. “Terbaik,” katanya ringkas di ruang komen Facebook.
Melaka ketika ini masih lagi mendahului Star City 1-0 di Stadium Hang Jebat.


