Liga Super

Raul Quintana Ucap Selamat Tinggal Kepada JDT

Instagram Raul Quintana Raul Quintana Ucap Selamat Tinggal Kepada JDT
Instagram/Raul Quintana

Selepas hampir tiga tahun menabur bakti bersama Johor Darul Ta’zim (JDT), ahli fisioterapi Sepanyol, Raul Quintana mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan itu.

Advertisement

Perkara dikongsikan beliau menerusi satu hantaran di Instagram. Quintana menyifatkan tempoh bersama Harimau Selatan sebagai satu tempoh yang cukup bermakna.

“Sudah tiba masanya untuk mengucapkan selamat tinggal kepada salah satu daripada babak yang tidak disangka-sangka dan bermakna dalam hidup saya.

“Saya amat gembira di Johor. Tempoh hampir tiga tahun di sini telah mengubah saya secara peribadi dan profesional dan atas sebab itu, saya akan sentiasa bersyukur,” katanya.

Quintana turut menjunjung kasih kepada DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor kerana diberi peluang menjadi sebahagian daripada projek JDT.

“Menjunjung kasih kepada TMJ (DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor) kerana diberi peluang menjadi sebahagian daripada projek ini dan belajar daripada kepimpinan, cita-cita, standard tinggi dan kemurahan hati baginda,” tambahnya.

Beliau juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua jurulatih, staf kejurulatihan, staf pengurusan dan barisan pemain sepanjang bersama Harimau Selatan.

Quintana menyertai JDT pada Februari 2024. Sebelum menyertai pasukan itu, beliau pernah bekerjasama dengan kelab LaLiga2, Las Palmas dan pasukan bola keranjang Gran Canaria.

Percuma untuk pembacaTnG Money Packet PercumaMenyemak Money Packet...
--baki
Memuatkan...