Terengganu gagal mempertahankan kelebihan jaringan sebelum tumpas kepada DPMM dalam aksi minggu ke-6 Liga Super pada Jumaat
Kemenangan penting 2-1 diperoleh DPMM setelah dua jaringan daripada Dalberto Luan Belo melengkapkan kebangkitan hebat kelab dari Brunei itu untuk menafikan hajat Terengganu meraih mata.
Terengganu kembali diperkuat tonggak kebangsaan antaranya Haziq Kutty, Ubaidullah dan G. Pavithran sementara Dalberto serta Jordan Murray dipilih untuk mengetuai jentera serangan DPMM.
Gol pembukaan diraih pasukan tuan rumah menerusi bintang import, Victor Ruiz yang tenang menyempurnakan tendangan penalti pada minit ke-42 bagi Terengganu mendahului di babak pertama.
Bersambung babak kedua, DPMM kembali mengikat kedudukan hasil jaringan cantik oleh Dalberto Luan Belo yang menyambar hantaran silang Miguel Oliveira tanpa dikawal rapi oleh benteng Terengganu.
Kelalaian di penghujung permainan membuatkan skuad Penyu rugi besar apabila Dalberto Luan Belo sekali lagi melakar nama selaku penjaring pada minit ke-81 bagi gol kemenangan DPMM.
Aksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin berakhir dengan keputusan 2-1 memiham DPMM.


