Liga Super

3 Bintang Muda JDT Terima Diploma UTM

Diploma UTM JDT JST 3 Bintang Muda JDT Terima Diploma UTM
Johor Southern Tigers

Tiga bintang muda Johor Darul Ta’zim (JDT) telah menerima diploma daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Advertisement

Tiga pemain tersebut ialah Muhammad Haiqal Khairuddin, Muhammad Danish Mohamad Zahir dan Muhammad Izham Zulkifli. Ketiga-tiganya menerima Diploma Sukan dan Kecergasan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sempena Majlis Konvokesyen ke-70 UTM baru-baru ini.

Pencapaian tiga bintang muda Harimau Selatan itu diumumkan pengurusan kelab di platform Johor Southern Tigers.

Lebih menarik, Muhammad Haiqal turut terpilih menerima Anugerah Dekan dan Hadiah Akademi Space UTM.

Danish Zahir merupakan pemain tengah untuk skuad JDT II. Izham Zulkifli pula antara tiga penjaga gol dalam skuad futsal JDT untuk kempen Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL).

Kerjasama yang terjalin antara JDT dan UTM wujud apabila kedua-dua pihak menandatangani perjanjian pembangunan pendidikan pemain pada tahun 2023.

Kerjasama ini menyaksikan UTM menawarkan Program Diploma Sukan Dan Kecergasan khas buat pelatih-pelatih Akademi JDT.

Percuma untuk pembacaTnG Money Packet PercumaMenyemak Money Packet...
--baki
Memuatkan...