Majoriti Gol Bergson & Forestieri Sebenarnya Menggusarkan
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Gandingan duo berbisa, Bergson Da Silva dan Fernando Forestieri umum diketahui merupakan gandingan paling berbisa dalam saingan Liga Super ketika ini.

Malah, ketajaman penyerang import pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) terus menyerlah di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL) apabila membantu mereka layak ke pusingan kalah mati.

Ketajaman penyudah dua pemain ini seringkali meranapkan hasrat pasukan lawan apabila mereka mudah untuk membolosi gawang lawan.

Advertisements

Kehilangan penyerang berusia 31 tahun ini jelas memberi impak terhadap jentera pasukan Harimau Selatan sungguhpun kekal beraksi dengan cemerlang ketika ini.

Berdasarkan statistik musim ini, gandingan Bergson dan juga Foresiteri cukup ampuh di hadapan gawang gol lawan.

Mereka sudah pun masing-masing mencetak 19 gol oleh Bergson dan juga 16 gol bagi bekas pemain berbisa Udinese, Forestieri.

Advertisements

Jumlah jaringan oleh dua orang pemain ini telah membawa kepada peratusan yang amat tinggi iaitu 62% secara keseluruhannya.

Hal ini juga memperlihatkan kebergantungan yang cukup tinggi terhadap impak hasil gandingan berbisa ini.

Walau bagaimanapun, JDT hakikatnya mempunyai barisan serangan lain terutamanya pemain tempatan yang amat berkualiti untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan sekiranya salah seorang daripada mereka mengalami kecederaan.

Advertisements

Ketiadaan Bergson dalam dua perlawanan sebelum ini berjaya digalas dengan baik oleh Syafiq Ahmad termasuklah ketika membantu pasukan mencatat kemenangan ke atas Sabah.

Sungguhpun minit permainan buat penyerang kebangsaan itu amat terhad, akan tetapi Syafiq kekal beraksi dengan cukup baik disebabkan modul latihan berintensiti tinggi di JDT.

Malah, juara bertahan Liga Super itu masih mempunyai beberapa pilihan lain seperti Hazwan Bakri, Guilherme De Paula dan juga Fernando Rodriguez yang sentiasa bersedia jika diturunkan.

Advertisements

Bukan itu sahaja, peranan Forestieri juga mampu diisi dengan baik dengan nama-nama seperti Akhyar Rashid, Mohamadou Sumareh, Ramadhan Saifullah dan lain-lain mampu memikul tugas tersebut.

JDT masih mempunyai baki 5 perlawanan Liga Super sebelum pasukan bakal meneruskan perjuangan pada pentas ACL menentang Urawa Red Diamonds.

Khidmat Bergson dan Forestieri pasti terus ditagih untuk menajamkan lagi barisan serangan pasukan untuk mara ke pusingan berikutnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram