Gol Safawi Rasid Dibatalkan VAR
Dunia
Ratchaburi FC
Advertisements

Hasrat bintang baharu pasukan Ratchaburi FC, Safawi Rasid untuk mencatat jaringan pertamanya terbatal apabila gol saat akhirnya dibatalkan oleh VAR.

Pemain berusia 25 tahun itu masuk selaku pemain gantian pada babak kedua untuk menajamkan lagi jentera serangan The Dragons dalam aksi ini.

Beliau memainkan peranan yang cukup penting setelah menggantikan Anon Amornlertsak ketika perlawanan masih berlangsung seimbang.

Advertisements

Pada babak akhir perlawanan, Safawi berada dalam kotak penalti Khon Kaen jelas dapat menghidu kekacauan barisan pertahanan lawan sebelum berjaya melepaskan satu kuisan melepasi kawalan penjaga gol.

Namun begitu, hasil penelitian VAR menyaksikan gol tersebut dibatalkan kerana offside.

Keputusan akhir perlawanan menyaksikan Ratchaburi tewas 0-2 kepada Khon Kaen FC yang juga merupakan bekas pasukan Liridon Krasniqi.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram