Advertising
Gol Sendiri Pemain Warisan Indonesia Bantu Bodo Singkir Twente
MakanBola
FC Twente

Mimpi buruk buat pemain warisan Indonesia, Mees Hilgers apabila menjaringkan gol sendiri sehingga menyebabkan pasukan beliau, FC Twente tersingkir di tangan Bodo.

Twente turun dalam aksi play-off kedua UEFA Europa League (UEL) berbekalkan agregat 2-1 setelah menang minggu lalu di laman sendiri dan berpeluang cerah untuk ke pusingan 16.

Khidmat Mees Hilgers ditagih oleh pengurus Twente, Joseph Oosting untuk mengetuai benteng pertahanan dalam usaha mengekang asakan jentera serangan Bodo.

Ad

Permulaan baik buat Twente apabila berjaya mendahului aksi pada minit ke-26 sebelum tuan rumah menyamakan skor 1-1 di awal permainan babak yang kedua.

Ad

Mimpi ngeri buat Hilgers berlaku di masa kecederaan apabila pertahann tengah Indonesia itu tanpa sengaja tertanduk bola ke gawang sendiri menewaskan penjaga gol, Lars Unnerstall.

Gol sendiri tersebut membuka peluang buat Bodo bangkit mencetak satu lagi jaringan seminit kemudian untuk selesa berada di hadapan 3-1 tatkala permainan hampir tamat.

Ad

Kem Twente menarik nafas lega apabila Sem Steijn meledak gol kedua buat pelawat di penghujung aksi bagi merapatkan kedudukan 3-2 sekaligus mengikat agregat 4-4 selepas 90 minit.

Ketika permainan berlanjutan ke masa tambahan, pintu gol Twente dibolosi dua lagi gol untuk Bodo menang dengan keputusan 5-2 dan mara ke pusingan 16 hasil agregat 6-4.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments