Gol Torpedo Paulo Josue Diiktiraf AFC

Paulo Josue 3 Gol Torpedo Paulo Josue Diiktiraf AFC
AFC

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) baru-baru ini telah mengumumkan lima jaringan terbaik yang telah dijaringkan ketika peringkat separuh akhir zon asia barat dan separuh akhir antara zon.

Salah satu gol yang diiktiraf sebagai gol terbaik adalah jaringan yang dihasilkan oleh kapten Kuala Lumpur City (KL City), Paulo Josue dalam perlawanan separuh akhir antara zon menentang ATK Mohun Bagan.

Gol itu terhasil melalui rembatan deras kaki kiri untuk memberikan pendahuluan buat KL City. Perlawanan itu berkesudahan dengan kemenangan 3-1 memihak KL City sekali gus layak ke peringkat akhir antara zon Piala AFC.

Gol Paulo Josue itu kini bersaing dengan empat lagi gol menarik untuk dipilih sebagai gol terbaik peringkat separuh akhir Piala AFC. Pemilihan gol terbaik itu dipilih melalui undian secara dalam talian.

Mengikut kepada keputusan terkini undian, gol Paulo Josue kini mendahului dengan mengumpul 97% undian meninggalkan jauh pencabar-pencabar lain.

Untuk mengundi gol Paulo Josue boleh klik link di sini.