Gombak Sasar Layak Ke Piala Malaysia
Liga M3
Gombak FC
Advertisements

Meskipun berstatus pendatang baru dalam Liga A1 Semi Pro, kelab Gombak FC memiliki cita-cita besar untuk kempen Liga Malaysia (Liga M) 2024/25.

Kelab tersebut bukan saja ingin memburu kedudukan tinggi dalam liga musim ini. Malah, pasukan yang dibimbing Shahrom Kalam itu ingin layak ke Piala Malaysia.

Perkara ini dinyatakan sendiri beliau kepada media selepas tamat perlawanan persahabatan antara KL City FC dan Gombak baru-baru ini.

Advertisements

Shahrom melihat status sebagai pendatang baru bukan halangan buat pasukan itu untuk mengejar cita-cita berkenaan.

“Sebenarnya kita pasukan baru dan baru nak meneroka liga (Liga A1 Semi Pro). Tapi kita masih ada misi dan visi (iaitu) cuba capai kedudukan paling tinggi yang kita mampu. Dan fokus kami untuk layak ke Piala Malaysia,” katanya.

Gombak merupakan antara pasukan baru yang menyertai saingan Liga A1 Semi Pro musim 2024/25.

Advertisements

Selain pasukan itu, Kelantan FC, Bunga Raya FC, Machan FC, UiTM United, YPM FC dan Putrajaya Athletic turut berstatus pendatang baru dalam liga kali ini.

Gombak menunjukkan kesungguhan bersaing dalam liga musim ini dengan membawa masuk Isa Raman (Terengganu FC II) dan Saiful Ridzuwan Selamat (Negeri Sembilan FC).

Manakala sentuhan Shahrom ditagih sebagai pengendali pasukan sambil dibantu penolong jurulatih, Fadhil Hashim.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram