TV
Twitter @InterMiamiCF
Advertisements

Pertembungan dramatik Inter Miami CF dan CF Montreal dalam saingan Major League Soccer (MLS) berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada Inter Miami dengan jaringan 2-1.

Perlawanan yang cukup berintensiti tinggi sepanjang 90 minit permainan ditampilkan oleh kedua-dua pasukan ketika pasukan kendalian lagenda Manchester United, Phil Neville ingin keluar daripada posisi tercorot liga sambil pasukan CF Montreal pula ingin menempatkan diri mereka dalam kalangan pasukan 10 terbaik.

Perlawanan tersebut bermula dengan baik apabila pasukan CF Montreal terlebih dahulu menguji pintu gol yang dikawal oleh Nick Marsman namun sedikit tersasar. Tidak terhenti di situ, pemain pasukan lawan terus mengatur serangan dan hasilnya, CF Montreal berjaya menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-19. Aksi kurang cermat oleh pertahanan Inter Miami yang gagal berkomunikasi dengan baik dengan penjaga gol mereka menyebabkan pasukan pelawat berjaya mendapatkan gol mudah.

Advertisements

Tersentak dengan gol itu, jentera serangan Inter Miami terus melancarkan serangan bertali arus menerusi penyerang berbisanya, Gonzalo Higuain yang tidak henti menguji ketangkasan gawang gol yang dikawal oleh James Pantemis.

Hasilnya, Higuain berjaya memerangkap kealpaan barisan pertahanan lawan yang memberikannya ruang untuk mengawal bola dalam kotak penalti. Hantaran yang dilakukan kepada abangnya iaitu Federico Higuain memaksa pertahanan untuk melakukan bentesan lalu menghadiahkan sepakan penalti. Gol mudah itu berjaya disempurnakan oleh Gonzalo Higuain seminit sebelum tamat babak pertama.

Bersambung babak kedua, penyerang berpengalaman itu menggandakan usahanya untuk memperoleh jaringan kedua. Kesilapan ‘budak sekolah’ yang dilakukan pemain pertahanan pasukan CF Montreal yang melengahkan usaha untuk mengeluarkan bola dari kawasan penalti sendiri dihukum apabila Higuain sekali lagi mencetak nama selaku penjaring.

Advertisements
pertahanan gila Aksi Lain Macam Gonzalo Higuaín Dan Pertahanan Lupa Dia Bukan Penyerang
Twitter @InterMiamiCF

Tindakan Rudy Camacho yang cuba menggelecek pemain penyerang lawan yang sudah mengepungnya membawa padah apabila beliau kehilangan bola tatkala tidak ada rakan sepasukan yang berjaya menghalang Higuain untuk menjaringkan gol. Tindakan itu dilihat kurang cermat apabila beliau sudah menyedari tiada ruang buatnya melepasi perangkap oleh pemain pasukan lawan.

Kemenangan ini tidak mengubah kedudukan pasukan Inter Miami CF yang kekal di tangga tercorot liga selepas 14 perlawanan berlangsung dengan hanya mengumpul 12 mata.

Saksikan aksi kehebatan Gonzalo Higuaín dan kegilaan pertahanan lawan nak menggentel dalam kotak penalti sendiri:

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram