Advertising
Gopi Rizqi: Semoga Allah Rahmati & Berkati Tunku Ismail
MakanBola
DYAM Tunku Ismail

DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor menerima mengadap bekas pemain sayap kebangsaan, Muhammad Gopi Rizqi.

Sebelum ini, nama Gopi Rizqi atau nama penuhnya Muhammad Gopi Rizqi Rama Chandra menjadi bualan ramai apabila memilih menjual air balang sempena bulan Ramadan.

Ad

Langkah itu terpaksa diambil pemain berusia 35 tahun itu selepas masih belum menerima gaji selama lapan bulan daripada sebuah pasukan di Lembah Klang.

Ad

Lantas, Gopi memilih menjual air balang mata kucing dan jagung serta sedikit kuih-muih. Beliau turut dibantu isterinya yang menjual popia carbonara.

Sebaik berita ini disiarkan, Tunku Ismail menerima mengadap bekas pemain sayap Harimau Malaya itu. Gambar pertemuan mereka turut disiarkan di Instagram Story baginda.

Ad
GlckJTyboAAb11b Gopi Rizqi: Semoga Allah Rahmati & Berkati Tunku Ismail

Sebaik selesai mengadap, Gopi Rizqi memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi. Beliau juga turut berterima kasih kepada Tunku Ismail atas keprihatinan baginda.

Ad

“Semoga Allah merahmati dan memberkati Tunku Ismail,” katanya dalam satu hantaran di Instagram.

Ad

Gopi Rizqi pernah beraksi untuk beberapa pasukan seperti Selangor FC, Johor Darul Ta’zim (JDT), PDRM FC, Sri Pahang FC dan Penang FC.

Beliau juga turut merekodkan enam penampilan bersama Harimau Malaya dari 2012 hingga 2015.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments