Graduan AMD Perkuat Terengganu FC
Dunia
terengganu 11
Advertisements

Pasukan dari pantai timur, Terengganu FC sah mengikat empat pemain graduan AMD dalam usaha memperkuatkan pasukan Terengganu II pada musim hadapan.

Difahamkan, empat pemain tersebut akan ditempatkan dalam skuad yang sama dimana prestasi mereka bakal dinilai berdasarkan persembahan yang dipamerkan buat pasukan Terengganu II hingga IV.

Menerusi laman sesawang Terengganu 11, memaklumkan antara bekas pemain AMD yang sah menyarung jersi pasukan berkenaan adalah Muhammad Adam Uwais Mohd Amri, Ahmad Rozain Abu Bakar, Muhammad Azrul Iman Muhammad Yusof dan Aidil Nazrin Ahmad.

Advertisements

Untuk rekod, tiga pemain daripada mereka iaitu Adam Uwais, Rozaini Abu Bakar dan Azrul Iman berjaya membantu pasukan Malaysia U15 iaitu merangkul kejuaraan Piala AFF U15 di bumi Thailand pada tahun 2019. Malah, mereka juga mempunyai pengalaman beraksi di Piala AFC U16.

Terengganu FC dilihat optimis untuk berada dalam tahap terbaik bagi sebuah pasukan. Yang menariknya adalah empat pemain graduan ini merupakan anak jati kelahiran Terengganu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram