Dunia
AMD – Foto belakang oleh Twitter / @SafirulAbuBakar
Advertisements

Siapa yang tidak kenal dengan Akademi Bola Sepak Negara  Mokhtar Dahari (AMD). Akademi ini Berjaya menghasilkan pemain-pemain yang berkualiti sesuai dengan elemen bola sepak moden. Antara pemain yang menyerlah dari AMD tidak lain dan tidak bukan ialah Luqman Hakim Shamsudin yang kini bermain untuk kelab Belgium, KV Kotrijk. Beliau menandatangani kontrak 5 tahun bersama kelab itu.

Luqman Hakim
Luqman Hakim bersama pemilik KV Kotrijk, Tan Sri Vincent Tan dan YB Syed Saddiq selaku Menteri Belia dan Sukan ketika itu – Foto Bernama

Baru-baru ini, laman Instagram rasmi National Football Development Program (NFDP) telah menghebahkan ke mana destinasi seterusnya bagi graduan-graduan AMD selepas tamat pengajian. Keseluruhan graduan AMD setakat 30 Jun 2021 adalah seramai 74 orang yang mewakili 34 orang bagi batch pertama AMD dan 40 orang bagi batch kedua AMD.

Selain Luqman yang beraksi di Belgium, Selangor FC boleh dikategorikan sebagai ‘lubuk’ terkumpulnya pemain AMD apabila 37 graduan lepasan AMD memlilih untuk bersama Selangor sebagai kelab professional pertama mereka. Ia diikuti JDT yang Berjaya menyambar 13 pemain lepasan AMD.

Advertisements

Selain itu, 6 orang memilih bermain untuk UITM FC, 5 orang bersama Terengganu FC, 5 orang di Skuad Projek FAM/MSN, 2 orang bersama Sabah FC serta masing-masing seorang di Kedah FC, Perak FC, Sri Pahang FC dan Kelantan United.

Seorang graduan AMD telah mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran secara sepenuh masa.

Akademi Bolasepak Negara Mokhtar Dahari merupakan akademi bola sepak Malaysia yang ditubuhkan pada 10 April 2014 dan berjaya menewaskan beberapa kelab gergasi eropah seperti Atletico Madrid dan Paris Saint Germain ketika menyertai kejohanan di luar negara beberapa tahun dahulu.  

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram