Perancang tengah Terengganu FC, Habib Haroon dilaporkan menerima tawaran daripaaa kelab luar negara menjelang saingan musim baharu.
Pemain kelahiran Bahrain ini memainkan peranan yang cukup penting untuk mengemudi jentera tengah pasukan Pantai Timur ini untuk melayakkan diri ke pentas Asia musim hadapan.
Habib membentuk gandingan yang cukup baik bersama rakan import, Manuel Ott dan juga Petrus Shitembi selain membantu pasukan mara ke pentas akhir Piala FA.
Prestasi beliau ini telah membantunya mendapat perhatian daripada beberapa kelab yang berkemungkinan sedang berusaha memancing beliau.
Menerusi satu kenyataan oleh pemain berusia 22 ini, beliau mengesahkan telah menerima tawaran daripada kelab lain.
““Tawaran itu datang daripada TFC, kelab Liga M dan beberapa kelab luar negara. Sebagai seorang pemain sudah tentu faktor beraksi dalam Piala AFC memainkan peranan yang cukup penting.”
Beliau juga menyatakan keinginan untuk kekal lebih lama di bumi Terengganu namun masih tiada sebarang persetujuan berkenaan kontrak baru bersama Terengganu.
Setelah dua musim di sini, saya cukup gembira untuk tinggal lebih lama. InshaAllah saya akan kekal tetapi saya belum tandatangan sebarang tawaran lanjutan kontrak lagi,” jelasnya kepada Flash Sukan.
Ketika ini, fokus beliau hanya terarah bagi membantu pasukan mara ke pentas akhir Piala Malaysia terlebih dahulu.