Hadi Fayyadh Ada Tugas Khas
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Penganalisis dan pemerhati bola sepak tempatan, Datuk Jamal Nasir Ismail menganggap penyerang skuad bawah 23 tahun kebangsaan, Muhammad Hadi Fayyadh mempunyai fungsi tersendiri di bahagian serangan.

Jamal menjelaskan posisi yang diisi pemain yang berkelana di Jepun itu keutamaannya bukan sahaja kepada ledakan gol semata- mata sebaliknya Hadi juga berperanan untuk mengkucar-kacirkan pertahanan lawan sekaligus membuka peluang untuk rakan sepasukan mencipta jaringan.

“Bola sepak moden menyaksikan seorang penyerang bukan hanya menjaringkan gol semata-mata namun lebih kepada memporak-perandakan pertahanan lawan sekali gus ada ruang untuk jaringan dihasilkan.”

Advertisements

Bekas pemain kebangsaan itu menganggap kelebihan fizikal yang dimiliki Hadi perlu dimanfaatkan sebaik mungkin. Tambah Jamal, Hadi juga merupakan seorang yang pakar dalam melakukan percubaan dari kawasan luar kotak penalti.

“Seperti Hadi, dia mempunyai ketinggian dan turut mampu melakukan rembatan dari jarak jauh, sudah tentu pertahanan lawan akan memberi tumpuan lebih kepadanya sekali gus membantu rakan lain untuk melakukan gerakan menjaringkan gol.”

“Saya lihat dia banyak membantu pasukan terutama pada perlawanan menentang Laos cuma peluang terhidang gagal dimanfaatkan untuk menghasilkan lebih banyak gol,” katanya, katanya ketika dihubungi oleh Arena Metro.

Advertisements

Malaysia kini mengungguli carta Kumpulan B dengan pengutan enam mata berjaya dicatat setelah menewaskan Thailand dan Laos dalam dua perlawanan awal.

Skuad kendalian Brad Maloney bakal menghadapi cabaran pasukan Singapura hari ini dan Kemboja pada 16 Mei sebelum melayakkan diri ke peringkat separuh akhir.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram