Dunia
asiana.my
Advertisements

Penyerang skuad Bawah 23 Tahun Malaysia, Hadi Fayyadh dilaporkan bakal kembali beraksi dalam arena bola sepak untuk kelab Azul Claro Numazu pada bulan Disember nanti. Sebelum ini, Hadi Fayyadh terpaksa berehat panjang setelah mengalami kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL) sewaktu bulan Mac yang lalu.

Menurut Sinar Harian, Pengarah Urusan Yakult (Malaysia) Sdn Bhd, Hiroshi Hamada yang juga merupakan penjaga kepada Hadi Fayyadh telah memberitahu bahawa Hadi Fayyadh telahpun kembali berlatih bersama pasukannya setelah proses pemulihan dan rehabilitasi berjalan dengan lancar.

Hadi Fayyah ketika ini sedang berusaha meningkatkan kembali tahap kecergasan beliau dan telah kembali berlatih bersama rakan sepasukannya. Doktor dan jurulatih fizikal juga turut menyediakan program rehabilitasi untuknya. Mereka berkata Fayyadh boleh menyertai pasukan Azul Claro Numazu sebelum musim berakhir iaitu pada pertengahan Disember ini.

Advertisements
hadi azul Hadi Fayyadh Bakal Kembali Beraksi Tidak Lama Lagi
Gambar dari Instagram Hadi Fayyadh

Hadi Fayyadh kini beraksi bersama kelab Azul Claro Numazu yang berada di divisyen ketiga Liga Bola Sepak Jepun setelah dipinjamkan dari kelab asalnya, Fagiano Okayama. Penyerang berusia 21 tahun tersebut telah dipinjamkan pada awal tahun 2021 bagi meraih minit permainan dan lebih peluang untuk beraksi dalam liga.

Penyerang tinggi lampai yang juga merupakan bekas pemain JDT ini mula menyertai Fagiano Okayama pada Disember 2018 bagi mengembangkan lagi potensi dan karier bola sepak beliau. Kini sudah hampir 3 tahun Hadi Fayyadh berada di Jepun.

Hadi Fayyadh juga antara penyerang tempatan yang menjadi sebutan ramai ekoran prestasi beliau bersama skuad kebangsaan Malaysia Bawah 19 Tahun dan Bawah 23 Tahun. Penyerang ini berjaya merekodkan 8 gol dalam 23 penampilan bersama skuad Bawah 19 Tahun dan 5 gol dalam 13 penampilan bersama skuad Bawah 23 Tahun.

Advertisements
Gambar dari Sports Regime

Namun kecederaan Hadi Fayyadh baru-baru ini sedikit merencatkan perjalanan bola sepak beliau setelah terpaksa berehat panjang hampir 8 bulan daripada bermain bola sepak.

Prestasi terbaik Hadi Fayyadh pastinya dinantikan para peminat bola sepak tempatan dalam memeriahkan lagi pilihan di bahagian serangan skuad Malaysia pada masa yang akan datang. Semoga pengalaman dan latihan di Jepun dapat membantu beliau menjadi penyerang yang tajam dan berkualiti.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram