Hadi Fayyadh Kembali Gegar Jaring
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Penyerang muda pasukan bawah 23 tahun negara, Hadi Fayyadh kembali membuktikan kalibernya di hadapan gawang apabila menjadi watak penting ketika mengikat Kemboja dengan keputusan 2-2.

Pemain berusia 23 tahun ini diletakkan dalam kesebelasan utama pasukan untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pemain muda, Danial Asri.

Kebijaksanaan Hadi yang dilihat sangat bermotivasi tinggi jelas kelihatan apabila beliau seringkali menguji gawang gol Kemboja.

Advertisements

Malaysia juga memperoleh beberapa kali peluang keemasan untuk mendahului lawan menerusi hantaran-hantaran lintang oleh Quentin Cheng ke dalam kotak penalti.

Selepas Malaysia ketinggalan, penyerang yang beraksi di liga ketiga Jepun ini mula menjadi titik serangan pasukan kendalian Brad Maloney menerusi ketinggian yang dimiliki olehnya menjadi aset terbaik pasukan.

Hal ini berjaya dimanfaatkan apabila Malaysia berjaya memperoleh sepakan penalti yang mudah disudahkan oleh penyerang tinggi lampai ini.

Advertisements

Tidak terhenti di situ, bekas penyerang JDT ini terus menggandakan usaha dan ini ternyata membuahkan hasil.

Beliau membentuk gandingan dan juga persefahaman yang cukup baik dengan Luqman Hakim sekaligus berjaya menambah jaringan buat negara.

Kelincahan Luqman yang meluru masuk ke dalam kotak penalti sebelum melakukan hantaran kepada Hadi yang melindungi bola dengan tubuhnya sebelum memusingkan badan untuk melepaskan satu rembatan.

Advertisements

Ini membolehkan Malaysia memperoleh jaringan penyamaan untuk memastikan pasukan berjaya meraih satu mata berharga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram