Hadif Hizamshol Sertai Kelab Wales, The New Saints
Eropah
MakanBola
@harimau_abroad
Advertisements

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, semakin ramai bakat muda Malaysia yang dilihat beraksi dengan kelab-kelab di luar negara. Terbaru, pemain sayap muda Hadif Hizamshol kini menjadi sebahagian daripada pasukan remaja juara Cymru Premier (liga bola sepak utama Wales) sebanyak 15 kali, The New Saints.

Hadif menyertai The New Saints dengan kontrak pendidikan selama dua tahun. Pemain itu dijangka menyertai The Saints pada Julai 2023.

Advertisements

Perpindahan Hadif ke TNS diumumkan oleh akaun Twitter Harimau Abroad semalam. Sebelum ini, pemain muda itu pernah beraksi untuk satu lagi kelab Wales, Caernarfon Town beberapa tahun lepas.

Perkembangan pemain muda ini sudah pasti akan diperhatikan dengan teliti. Dan sudah pasti ramai berharap Hadif dapat menyarung jersi Harimau Malaya satu ketika nanti.

Yang pasti, bila perpindahan ini diumumkan, ramai pengguna mengucapkan selamat berjaya kepadanya. Malah, mereka berharap Hadif mampu mengharumkan nama keluarga dan negara bila menyarung jersi TNS nanti.

Advertisements

News Comments Account