Dua watak penting dalam saingan Liga A1, Hafiz Kamal dan Latiff Suhaimi bertegang urat dan hampir dilayangkan kad merah.
Situasi itu berlaku pada aksi antara Imegresen FC menentang PT Athletic bagi aksi minggu ke-5 Liga A1 Semi Pro.
Perebutan bola berlaku antara tonggak Imegresen, Hafiz Kamal dan juga pertahanan PT Athletic, Latiff Suhaimi.
Situasi itu menimbulkan rasa kurang senang kepada dua pemain ini yang dilihat berperang mulut sebelum menerima kad kuning.
Latiff yang juga merupakan bekas tonggak Kelantan dan Selangor itu hampir dihukum kad merah selepas melakukan terjahan keras sekali lagi terhadap pemain lawan.
Anak didik Mat Zan Mat Aris bagaimanapun kembali mengukir senyuman apabila memperoleh jaringan pertama permainan hasil ledakan bekas tonggak Harimau Malaya, Hafiz Kamal.
Jaringan penyamaan dihasilkan oleh PT Athletic disudahkan oleh tandukan cantik Faris Shah pada minit ke-37.