Hafizal Hamad: Kalau Semua Tidur, JDT Akan Juara Lagi
Dunia
iqizzjersey.com
Advertisements

Pengulas sukan Astro Arena, Hafizal Hamad dengan spontan menjelaskan Johor Darul Ta’zim akan kekal menjuarai Liga Super menerusi satu sesi sembang santai bersama Semuanya Analisis TV.

Program rancangan siaran langsung tersebut menjemput Hafizal Hamad atau lebih mesra dengan panggilan Paklong untuk membincangkan perkara berkaitan kewartawanan dan isu hangat arena bola sepak Malaysia.

Ketika ditanya oleh pengikut siaran berkenaan berkaitan Johor Darul Ta’zim akan menjuarai Liga Super hingga berapa kali, Pak Long dengan spontan menjawab;

Advertisements

“Kalau semua tidoq (tidur), JDT akan juara lagi.”

“Apabila saya dijemput (datang melihat fasiliti JDT), saya beranggapan pasukan lain lambat.”

Beliau turut menjelaskan JDT mempunyai perancangan jangka masa panjang yang baik dan ia merupakan antara faktor mengapa pasukan Harimau Selatan tersebut akan terus kekal menjuarai Liga Super untuk musim mendatang.

Advertisements

“Apabila JDT sudah membina fasiliti A, TMJ sudah merangka untuk H & J (pelan jangka masa panjang).”

“Mereka bukan buat A kemudian fikir nak buat B.”

“Proses pemodenan pengurusan bola sepak (JDT) sudah dirangka jauh (lebih awal).”

Advertisements

Hafizal turut menjelaskan penyokong bola sepak perlu membezakan profesionalisme dan semangat kenegerian dan mengambil contoh pengurusan baik JDT sebagai satu contoh yang baik bagi pasukan lain.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram