Hafizal Hamad: Sebelum Mereka Pergi Perang Kita Dah Cakap Kalah
Dunia
Astro Arena
Advertisements

Pengulas sukan terkenal negara, Hafizal Hamad baru-baru ini telah menyatakan pandangan mengenai keputusan pemilihan pengendali pasukan negara, Tan Cheng Hoe berikutan pemilihan para pemain yang bakal dibawa bagi menggalas misi negara ke kejohanan Piala AFF di Singapura Disember ini.

Dalam perbincangan menerusi satu rancangan Bola@Mamak bersama tiga lagi panel jemputan termasuklah bekas pemain kebangsaan, Shahrom Kalam, Hafizal membincangkan beberapa aspek yang berkaitan dengan pemilihan pemain yang bakal menggalas misi negara bulan hadapan.

Sungguhpun begitu, pemilihan pemain kali ini mendapat respon yang pelbagai terutamanya daripada para penyokong berikutan terdapat beberapa pemain yang dilihat seharusnya dipanggil tidak mendapat tempat dalam skuad kali ini.

Advertisements

Hafizal yang turut mahukan para peminat positif dengan pemilihan kali ini dan terus memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi tatkala pasukan negara memerlukan tonik untuk mempersembahkan aksi yang terbaik.

‘Pada pandangan saya, sebelum mereka nak pergi perang, kita dah cakap mereka kalah, kita dah jatuhkan moral para pemain.’

‘Pemain juga ada meluahkan perasaan mereka yang seolah-olah tidak mendapat sokongan dari peminat disebabkan kritikan yang dilemparkan dan saya merasakan ada betulnya luahan pemain.’

Advertisements

Tambahnya lagi, jika kejayaan berjaya diberikan oleh pasukan ini, maka kita semua sebagai rakyat Malaysia juga perlu berdiri dan menyanyikan lagu Negaraku bersama-sama nanti.

Sungguhpun secara amnya terdapat beberapa nama pemain utama sebelum ini tidak dipanggil kali ini termasuklah bintang JDT, Farizal Marlias, Corbin-ong, amat Davies dan juga pemain muda berbakat, Arif Aiman.

Sungguhpun begitu, sokongan dan perhatian haruslah diberikan dan kepercayaan haruslah diberikan kepada barisan kejurulatihan untuk melakukan tugas dengan baik.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram