Hafizh Syahrin Sedia Bantu JDT
UltraSukan
Petronas MIE Racing Honda

Pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah bersedia menggunakan pengalaman yang ada bagi mengharumkan nama Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC).

Ini selepas JDT mengumumkan pembentukan pasukan JDT Racing Team yang bakal bersaing dalam Asia Road Racing Championship (ARRC) pada tahun hadapan.

Ad

Hafizh gembira diberi peluang oleh DYAM TMJ, Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim menyertai pasukan itu bersedia memanfaatkan pengalaman yang dimiliki untuk membantu JDT mendepani ARRC 2024.

Ad

“Saya amat bersyukur, teruja dan berterima kasih kepada Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor kerana memberi peluang kepada saya menjadi sebahagian daripada keluarga JDT.

“JDT telah terbukti, apabila membuat sesuatu mesti bersungguh-sungguh dan profesional. Jika dilihat kemampuan dari segi fasiliti, kemajuan dan sumber yang disediakan adalah sangat baik.

Ad

“Saya harap dapat menunjukkan kebolehan saya yang sebenar dalam memastikan JDT Racing Team berjaya sebagai pasukan yang boleh menaikkan nama JDT dalam sukan permotoran.

Ad

“Jika mana-mana atlet diberi peluang dan berkhidmat untuk JDT, sudah pasti tidak akan lepaskan peluang ini. Oleh itu, saya amat menantikan kerjasama bersama JDT Racing Team pada 2024 dalam ARRC,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ad

Hafizh ketika ini berlumba untuk pasukan Petronas MIE Racing Honda untuk saingan World Superbike Championship (SBK) 2023.