Hafizul Hakim Akan Kekal di Perak Jika Azman Noh Dikekalkan
Dunia
Perak FC
Advertisements

Penjaga gawang pasukan Perak FC dan juga kapten pasukan, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy ingin kekal beraksi bersama Perak walaupun menerima tawaran pasukan lain.

Namun beliau meletakkan beberapa syarat kepada pihak pengurusan untuk beliau terus kekal bersama The Bos Gaurus.

Antara syarat yang ditetapkan adalah pengekalan Azman Noh atau lebih dikenali sebagai Cikgu Man sebagap Pengurus Besar dan Rashidi Rahim sebagai Pengurus Pasukan seperti yang dilaporkan oleh Utusan Online.

Advertisements

“Itu janji saya kepada mereka sebelum ini tetapi dengan perkembangan baru dalam pasukan Perak, saya kena lihat dan kaji semula keputusan saya itu.”

“Segalanya bergantung kepada hasil pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif ( CEO) baharu,” katanya kepada Utusan.

Hafizul Hakim yang kini menjangkau umur 28 tahun menerima tawaran dari beberapa pasukan antaranya Pulau Pinang namun beliau lebih memilih untuk kekal bersama Perak kerana hatinya sudah terikat bersama The Bos Gaurus.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram