Hafizul Hakim Dan Khatul Anuar Kubu Terakhir Penang FC
Dunia
officialpenangfc
Advertisements

Pasukan Penang FC membuat langkah drastik dengan menandatangani dua penjaga gol selepas kekosongan yang ditinggalkan oleh penjaga gol utama mereka musim lepas, Sam Somerviller. Dua penjaga gol tersebut ialah Hafizul Hakim dan Khatul Anuar.

Penjaga gol kelahiran Perak, Hafizul Hakim sebelum ini merupakan tonggak utama pasukan Perak. Namun, disebabkan beberapa isu berkaitan tunggakan gaji antara sebab beliau angkat kaki dari Perak.

Untuk rekod, penjaga gol berusia 28 tahun ini berjaya membuat penampilan sebanyak 96 perlawanan bersama pasukan Perak sejak tahun 2016. Beliau berjaya membantu Perak merangkul kejuaraan Piala Malaysia 2018 dalam masa yang sama sebagai naib juara Liga Super musim itu.

Advertisements

Penjaga gol kelahiran Kedah, Khatul Anuar sebelum ini merupakan bekas pemain pasukan Kl City. Beliau telah bersama KL City sejak 2017 sebelum dipinjamkan ke pasukan UKM selama satu musim. Beliau kurang diberi peluang untuk beraksi dalam kesebelasan utama dimana hanya berjaya membuat dua penampilan bersama KL City.

Hafizul dan Khatul mempunyai pengalaman beraksi bersama skuad kebanggsaan sebelum ini. Dua pemain ini dilihat menjadi taruhan oleh jurulatih Penang FC, Thomas trucha kerana kedua-dua pemain ini dilamar pada waktu yang sama.

Persaingan yang sihat akan berada dalam kem Penang FC bagi menentukan siapa yang bakal menjadi penjaga gol utama pasukan musim hadapan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram