Hafizul Hakim Mahu Ganti Kevin Mendoza
Liga Super
KL City FC
Advertisements

Pemain KL City, Hafizul Hakim bertekad mahu mencabar posisi penjaga gol nombor satu di kelab baharunya itu.

Beliau yang diumumkan sebagai pemain terbaharu The City Boys minggu lalu menyertai pasukan daripada Harini FT yang bersaing di Liga M3 musim lalu dan berazam untuk memburu tempat di dalam pasukan.

Pada awal musim lalu, posisi nombor satu tersebut menjadi milik penjaga gawang Filipina, Kevin Ray Mendoza sebelum pemain tersebut memilih untuk berhijrah ke Indonesia bagi menyertai Persib Bandung.

Advertisements

Selepas itu, tugas berat tersebut mula dipikul oleh dua penjaga gol muda negara, Azri Ghani dan juga Azim Al Amin sehingga saingan Liga Malaysia musim 2023 melabuhkan tirainya.

Kini, persaingan itu tampak kembali terbuka dengan pemergian Azim Al Amin ke Selangor sekaligus membuka ruang buat Hafizul bersaing bersama Azri Ghani yang merupakan penjaga gol kebangsaan untuk merebut tempat sebagai penjaga gol utama pasukan.

”Kalau ikut reputasi sekarang, kita tahu Azri Ghani sekarang merupakan penjaga gol kebangsaan. Jadi saya perlu merebut tempat dengan beliau dan pemain yang datang daripada skuad bawah 23,” katanya kepada Astro Arena.

Advertisements

Tambah pemain berusia 31 tahun itu lagi, tugasnya sekarang adalah untuk memberikan aksi yang terbaik di sesi latihan dan membiarkan barisan jurulatih yang diketuai Miroslav Kuljanac untuk menilai siapa yang lebih layak untuk diturunkan.

“Jadi In Shaa Allah saya akan cuba berikan saingan dan bekerja sebaik mungkin, main atau tidak itu terpulang kepada jurulatih untuk letak siapa (di posisi penjaga gol), saya akan buat kerja saya sebaik mungkin,” tambah bekas penjaga gol Perak itu.

Hafizul merupakan pemain terbaharu yang ditandatangani oleh KL City musim ini selepas S. Sharvin dan Nick Swirad selain kepulangan dua beradik Lambert yang dipinjamkan semula oleh JDT.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram